Rusia Dapat Kad Merah Dari FIFA Dan UEFA

Rusia Dapat Kad Merah Dari FIFA Dan UEFA

0
SHARE

GENEVA – FIFA dan UEFA menggantung pasukan kebangsaan dan kelab bola Rusia daripada semua pertandingan bola sepak antarabangsa sebagai tindak terhadap pencerobohan Presiden Putin ke atas Ukraine.

Rusia telah disingkirkan daripada Piala Dunia 2022 dan pasukannya digantung daripada semua pertandingan bola sepak antarabangsa “sehingga diberitahu kelak”, FIFA mengumumkan dalam satu kenyataan bersama UEFA semalam.

Pasukan lelaki sepatutnya bermain dalam pusingan kelayakan pada Mac untuk Piala Dunia di Qatar akhir tahun ini, manakala pasukan wanitanya telah layak ke Kejohanan Eropah di England, yang akan diadakan pada bulan Julai.

Pengumuman itu juga memberi kesan kepada kelab Rusia yang terlibat dalam pertandingan Eropah…

“FIFA dan UEFA hari ini telah bersama-sama memutuskan bahawa semua pasukan Rusia, sama ada pasukan wakil kebangsaan atau pasukan kelab, akan digantung daripada penyertaan dalam kedua-dua pertandingan FIFA dan UEFA sehingga notis selanjutnya,” kata badan induk global dan Eropah bola sepak.

Rusia dijadualkan menentang Poland dalam separuh akhir kelayakan Piala Dunia pada 24 Mac dan mungkin akan menentang Sweden atau Republik Czech pada 29 Mac untuk tempat ke peringkat akhir tetapi tiga potensi lawan mereka menegaskan akan memboikot perlawanan.

Pada Ahad, FIFA mengumumkan dibenarkan untuk terus bermain di bawah nama Kesatuan Bola Sepak Rusia, secara tertutup dengan larangan bendera dan lagu kebangsaan Rusia dimain.

Tetapi langkah itu ditolak sebagai “tidak boleh diterima sama sekali” oleh Presiden FA Poland, Cezary Kulesza, yang menambah bahawa Poland tidak akan bermain pada pusingan kelayakan Piala Dunia dengan Rusia, “tidak kira apa nama pasukan itu.”

Dalam kenyataan bersama, kedua-dua presiden FIFA, Gianni Infantino dan UEFA, Aleksander Ceferin, berharap keadaan di Ukraine bertambah baik dengan ketara dan pantas supaya bola sepak boleh sekali lagi menjadi vektor perpaduan dan keamanan di kalangan rakyat.

Kumpulan wanita Rusia sepatutnya menentang Belanda, Sweden dan Switzerland di Euro manakala Spartak Moscow sepatutnya menentang RB Leipzig dari Jerman dalam pusingan 16 terakhir Liga Europa bulan depan.