Tidur Sejam Lebih Lama Boleh Kurangkan Berat Badan

Tidur Sejam Lebih Lama Boleh Kurangkan Berat Badan

0
SHARE

CHICAGO, AS – Satu kajian dari sekumpulan penyelidik Universiti Perubatan Chicago mendapati tidur sejam lebih lama boleh mengurangkan berat badan.

Menurut laporan Metro UK, kajian itu mendedahkan bahawa sekiranya seseorang tidur lebih sejam dari tempoh masa kebiasaan, ia boleh mengurangkan kuantiti kalori sebanyak 270 kilo kalori (kcal) sehari.

Dalam kajian tersebut, seramai 89 individu berusia 21 hingga 40 tahun yang mengalami obesiti dipantau tabiat tidur mereka.

Mereka kebiasaannya tidur kurang dari 6 jam 30 minit dalam masa satu malam.

Mereka kemudian diarah untuk memakai sejenis peranti serta diarah untuk meningkatkan waktu tidur mereka sebanyak sejam.

Selain itu, mereka juga tidak diarah untuk mengubah diet atau tabiat pemakanan mereka…

Selepas meningkatkan waktu tidur kepada 8 jam 30 minit bagi satu malam, kadar pengambilan kalori dan tenaga mereka dihitung.

Hasilnya mendapati, kadar pengambilan kalori menyusut sebanyak 270 kcal sehari.

“Meningkatkan dan mengekalkan tempoh waktu tidur yang sihat dalam jangka masa panjang dapat menjadi sebahagian daripada program mengurangkan berat badan dan mencegah obesiti,” kata penyelidik.