Patuh SOP Dalam Ibadah Sepanjang Ramadhan – Fairuz

Patuh SOP Dalam Ibadah Sepanjang Ramadhan – Fairuz

0
SHARE
Fairuz (tiga dari kiri) menyampaikan sumbangan kepada wakil Masjid Kampung Wani...

KOTA BELUD, SABAH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pintasan, Fairuz Renddan menyeru semua jemaah yang beribadat di masjid atau surau terutama bagi solat tarawih untuk mematuhi SOP dan tidak mengabaikan segala arahan kesihatan yang dikeluarkan.

“Kita masih dalam fasa melawan penularan wabak -dan usaha ini menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kita untuk masyarakat dan diri sendiri…

“Syukur kerana Ramadhan kali ini kita masih berpeluang untuk solat taraweh berjemaah, walaupun saf kita kini berjarak, namun itu tidak bermakna ukhwah dalam ibadat kita menjadi lemah,” katanya.

Fairuz berkata demikian selepas sesi kunjungan ARMADA BERSATU Bahagian Kota Belud dan Srikandi BERSATU Bahagian Kota Belud di Masjid Kampung Wani dan Masjid Mukim Kampung Rosok disini, hari ini.

Semasa sesi kunjungan itu, mereka turut menyampaikan sumbangan kepada ahli qariah dan jemaah masjid.

Dalam pada itu, Fairuz juga memberitahu bahawa usaha untuk menambahbaik segala keperluan untuk tujuan keagamaan akan sentiasa diberi perhatian oleh pihak kerajaan.

Fairuz semasa solat Zohor di Masjid Mukim Kampung Rosok…

“Kerajaan Negeri , Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan sentiasa mengutamakan pembangunan dan keperluan untuk tujuan ibadah rakyat tanpa mengira apa bangsa dan agama sekalipun…

“Sememangnya untuk membangunkan sebuah komuniti yang harmoni dan berjaya itu, ia perlu diseimbangkan dengan pengisian rohani dan keagamaan,” ujar Fairuz lagi.