RIYADH, ARAB SAUDI – Kes baharu COVID-19 dilaporkan terus meningkat pada bulan Ramadhan ini, demikian menurut Kementerian Kesihatan Arab Saudi yang dipetik Arab News.
Pihak berkuasa mengingatkan orang ramai supaya terus mematuhi langkah-langkah pencegahan seperti menjaga jarak selamat.
Sebanyak 964 kes baharu diumumkan, dengan 402 kes dikesan di ibu kota Riyadh, manakala Makkah mencatatkan 215 kes baharu.
Sebanyak 10 lagi kematian juga dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kematian akibat virus itu kepada 6,801.
Namun, jumlah orang yang divaksin di Arab Saudi terus meningkat dengan sekitar 6.7 juta orang sudahpun menerima suntikan vaksin COVID-19.