PBRS Sambut Baik Pelantikan TPM Dari Parti Komponen Barisan Nasional (BN)

PBRS Sambut Baik Pelantikan TPM Dari Parti Komponen Barisan Nasional (BN)

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Pengumuman Perdana Menteri mengenai pelantikan Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebagai Menteri Kanan (Luar Negeri) merupakan satu langkah yang sangat baik dalam memperkukuhkan pentadbiran Kerajaan.

Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup berkata, selaku komponen dalam Barisan Nasional (BN), PBRS menyokong penuh pelantikan ini dan yakin akan kemampuan kedua-dua pemimpin ini berdasarkan kepada pengalaman serta pencapaian tertinggi yang telah ditunjukkan dalam pentadbiran Kerajaan.

“Pelantikan ini akan meningkatkan lagi keupayaan Kerajaan khususnya dalam menghadapi pandemik COVID-19, memulihkan ekonomi negara dan membantu rakyat dalam tempoh yang sukar ini…

“Malaysia memerlukan sebuah Kerajaan yang stabil untuk menghadapi cabaran yang sedang dialami khususnya mengenai krisis kesihatan.

“Ini adalah masa untuk kita memulihkan ekonomi negara dan bukan masa untuk berpolitik,” katanya.

Justeru, tambah beliau, semua pihak perlu berganding bahu dan bekerjasama dalam menangani pandemik ini demi kesejahteraan rakyat.