Peningkatan Hampir Seribu Kes Baharu COVID-19 Di Sabah

Peningkatan Hampir Seribu Kes Baharu COVID-19 Di Sabah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Kes di Sabah meningkat hampir seribu hari ini dengan 921 kes setelah mencatat penurunun beberapa hari yang lalu.

Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, sejumlah 4,892 kes baharu dicatatkan hari ini.

“Hari ini Kota Kinabalu mencatatkan kes baharu lebih dua kali ganda berbanding jumlah semalam dengan 1,947 kes baharu iaitu peningkatan sebanyak 1,212 kes…

“Adalah diperhatikan bahawa kes lewat daftar (backlogs) mempengaruhi peningkatan jumlah yang tinggi bagi daerah Kota Kinabalu,” katanya dalam rumusan harian.

Menurutnya sejumlah 1,214 daripada 1,947 kes di Kota Kinabalu merupakan kes jangkitan “backlogs” yang berlaku enam hari atau lebih lama tetapi hanya dapat didaftarkan pada hari ini.

Daerah Kalabakan mencatatkan kes tunggal hari ini sekaligus menjadikan ia daerah dengan kes baharu terendah.

“Walaupun hanya 10 daerah mencatatkan peningkatan kes, namun jumlah angka jangkitan baharu di Sabah melambung tinggi akibat jumlah kes di Kota Kinabalu yang berjumlah hampir 2 ribu kes (1947 kes),” tambah Masidi.

Terdapat masing-masing lima (5) kes dalam Kategori 3 dan 5 dan 13 kes dalan Kategori 4 manakala pesakit lain berada dalam Kategori 1 atau 2 sahaja.

Setakat ini, seramai 34,713 kanak-kanak daripada 411,400 berumur antara 5 hingga 11 tahun yang layak untuk divaksin telah menerimanya melalaui PICKids Sabah.

Sejumlah 531 kes pada hari ini adalah melibatkan kanak-kanak bawah 11 tahun yang belum divaksin, dengan 241 kes adalah mereka yang belum layak mendapat vaksin (bawah 5 tahun).

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (24 Feb 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 1,947 (735)
Tuaran – 425 (410)
Penampang – 415 (516)
Papar – 290 (320)
Tawau – 208 (338)
Kota Belud – 207 (154)
Beaufort – 194 (153)
Sandakan – 192 (198)
Keningau – 144 (155)
Lahad Datu – 100 (129)
Kota Marudu – 93 (135)
Kuala Penyu – 85 (57)
Ranau – 79 (105)
Telupid – 69 (41)
Nabawan – 64 (27)
Beluran – 54 (42)
Tenom – 54 (63)
Tambunan – 53 (19)
Kudat – 49 (9)
Sipitang – 48 (52)
Pitas – 33 (59)
Putatan – 22 (150)
Kunak – 19 (32)
Kinabatangan – 18 (19)
Semporna – 13 (14)
Tongod – 13 (32)
Kalabakan – 4 (7)