PETALING JAYA – Seekor gajah Borneo menusuk seorang penjaga di Taman Hidupan Liar Lok Kawi sini sehingga mati di awal Ahad semalam.
Joe Fred Lansou, 51, sedang merawat anak gajah yang cedera di dalam sebuah kandang apabila diserang seekor gajah dewasa, lapor Harian Metro.
Dia mengalami kecederaan di bahagian perut dan dada dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di tempat kejadian.
Sumber memetik ketua polis Penampang Haris Ibrahim sebagai berkata mayat itu telah dibawa ke Hospital Queen Elizabeth untuk bedah siasat.
Manakala Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Jafry Ariffin, ketika dihubungi Bernama, berkata beliau sedang menunggu laporan terperinci mengenai kejadian itu daripada Jabatan Hidupan Liar Sabah.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga bagaimanapun berkata memandangkan kejadian itu sedang disiasat oleh polis, dia “tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu pada masa ini”.





