KOTA KINABALU, SABAH – Seorang penunggang motorsikal maut terbabas selepas bertembung dengan seekor kerbau di Jalan Kionsom semalam.
Polis berkata mangsa, Muhizan Shazry Simon, 25, dalam perjalanan dari pekan menuju ke Kampung Kionsom.
“Mangsa gagal mengelak kerbau tersebut yang tiba-tiba melintas jalan,” Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata.
Orang awam membuat panggilan kecemasan dalam insiden kira-kira pukul 7.30 petang itu .
Mengulas lebih lanjut, Zaidi berkata tempat kejadian gelap tanpa lampu dan permukaan jalan sedikit cerun menurun bukit.
“Pegawai perubatan dari Hospital Likas mengesahkan mangsa telah meniggal dunia di tempat kejadian pada 8.03 malam…
“Mangsa tidak disyaki mabuk namun sampel darah akan diambil untuk analisis alkohol dan dadah semasa proses bedah siasat.
“Kerbau tersebut juga cedera namun beredar dari lokasi kemalangan tidak lama kemudian,” kata beliau.
Siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.