Penunggang Motorsikal Maut Semasa Menuruni Bukit Di Melinsung

Penunggang Motorsikal Maut Semasa Menuruni Bukit Di Melinsung

0
SHARE

PAPAR, SABAH – Kecuaian seorang penunggang motosikal semasa menuruni bukit dengan laju berhampiran Melinsung sini membawa maut.

Mangsa lelaki 20 tahun disahkan mati di tempat kejadian pada 3.30 pagi tadi selepas bertembung dengan sebuah kenderaan Toyota Hilux di lorong bertentangan.

Ketua Polis Daerah Papar, DSP Batholomew Umpit berkata, pemandu kenderaan Hilux tidak sempat mengelak kerana motosikal jenis SYM bergerak laju dan terlalu hampir.

“Hasil siasatan awal mendapati punca kemalangan disebabkan keucian motosikal sendiri…

“Pemandu Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Batholomew berkata permukaan jalan raya di kawasan kemalangan Km 8 Jalan Baru Papar – Kota Kinabalu sebagai basah tanpa lampu jalan.

Siasatan diteruskan di bawah Seksten 41(1) APJ 1987.