KOTA KINABALU, SABAH – Kepimpinan Parti Warisan Sabah termasuk jenteranya dilihat masih lagi berterusan MEMFITNAH mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman walaupun Parti Warisan telah ditumbangkan oleh rakyat Sabah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ke-16 baru-baru ini.
Menurut Gerakan Anti-Shafie Apdal (GASA) dalam satu kenyataan berkata, sumber sahih mendapati Tan Sri Musa Aman akan berterusan dijadikan ‘kambing hitam’ untuk menutup salah laku pentadbiran Kerajaan Warisan terdahulu.
FITNAH terkini yang dilemparkan ke atas Tan Sri Musa Aman datangnya dari portal berbayar Parti Warisan (inisabahbah.com) yang menerbitkan satu artikel ‘Keluarga Musa Dilantik Pengarah Yayasan Sabah?’.
Artikel tersebut yang diterbitkan pada 04 November 2020 telah mengaitkan pelantikan Datuk Ghulam Khan sebagai Pengarah Yayasan Sabah adalah untuk melepaskan saman Yayasan Sabah ke atas Musa adalah jelas satu FITNAH yang cukup jahat dan jijik yang telah dilakukan oleh pimpinan Parti Warisan Sabah.
“Sedarkah pemimpin Warisan bahawa Tan Sri Musa Aman telah memfailkan saman berjumlah satu billion ringgit ke atas Shafie Apdal akibat FITNAH yang telah dilemparkan berkaitan Yayasan Sabah…
“Datuk Ghulam Khan telah menjadi wakil rakyat Kawang sejak 2004, malahan pernah menjadi Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah. Justeru, pelantikan beliau untuk menggalas jawatan Pengarah Yayasan Sabah bukanlah suatu perkara yang pelik dan ianya langsung tidak ada kena mengena dengan Musa Aman kerana keputusan mutlak melantik Ghulam adalah datangnya daripada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Haji Noor.
“Serangan FITNAH ke atas Tan Sri Musa Aman jelas sengaja direka bagi tujuan memalingkan tumpuan rakyat kepada salah laku dan kerosakan ke atas pentadbiran negeri Sabah yang telah dilakukan oleh Datuk Seri Shafie Apdal termasuklah Peter Anthony.”
Justeru, GASA mendesak agar Kerajaan Negeri Sabah segera menubuhkan ‘Pasukan Forensik Khas’ sambil meminta bantuan pihak SPRM bagi membantu mengenal pasti pemberian projek yang disyaki adanya salah laku rasuah yang bernilai mencecah 6 billion ringgit kepada kroni Shafie dan Peter Anthony.
“Bukan sahaja isu kontroversi pinjaman bernilai RM300 juta kepada Air Asia yang perlu disiasat oleh pasukan ini, tetapi pemberian projek penyelenggaraan jalan raya yang bernilai RM1.55 bilion yang telah dianugerahkan kepada kontraktor secara rundingan terus ataupun ‘tanpa tender’…
“Pemberian projek bernilai RM3 billion bagi Empangan Papar kepada ‘Syarikat Wira Syukur’ turut menimbulkan tanda tanya, apabila syarikat ini merupakan antara pemegang saham syarikat konsesi terowong Pulau Pinang yang dikaitkan isu rasuah oleh SPRM bersama Lim Guan Eng.
“Selain itu, turut menjadi persoalan adalah pemberian projek Empangan Papar tersebut kepada sebuah syarikat tempatan (PEMBINAAN MAJU CEMERLANG SDN. BHD.) yang mana baru ditubuhkan 1 tahun tanpa satu sen pun pendapatan di mana Pengarah dan Pemilik Saham terbesar merupakan seorang anak muda berumur 26 tahun.”
“Surat tawaran kerja tersebut turut ditandatangani oleh Amarjit Singh pada 10 Okt 2019 walaupun Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 9 Okt 2019 telah memutuskan bahawa pelantikan Amarjit Singh sebagai Pengarah Jabatan Air Sabah adalah TIDAK SAH,” tambah GASA.
Kes pembalakan tanpa kawalan membabitkan hutan simpan dan kelulusan membalak kepada syarikat yang dikatakan mempunyai hubungan dengan Shafie juga perlu disenaraikan untuk disiasat oleh pasukan ini.
VIDEO yang pernah tular sebelum ini jelas memperlihatkan puluhan lori balak mengangkut kayu balak yang semakin tidak terkawal membanjiri jalan raya telah mengundang KEMARAHAN rakyat Sabah…
Untuk rekod, sebelum ini Peter Anthony telah didakwa di Mahkamah Khas Kota Kinabalu bagi pertuduhan membabitkan pengubahan wang haram berjumlah RM8.75 juta di Mahkamah Khas Rasuah Kota Kinabalu, Sabah.
Pendakwaan pertama pada 11 Peter berdepan lima (5) pertuduhan iaitu dua (2) mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, manakala tiga (3) lagi membabitkan Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001.
Peter sekali lagi didakwa di Mahkamah yang sama pada 18 Jun 2020 bagi kes pecah amanah wang membabitkan penjualan tanah RISDA bernilai RM15,545,400.
Mengikut pertuduhan kedua itu dijalankan mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 409 kanun yang sama, Peter didakwa bersubahat dengan Michael Percius Ubu yang berperanan sebagai ejen kepada RISDA melakukan kesalahan itu antara 22 Julai 2014 dan 19 November 2015 di Bervely Hills Plaza, Jalan Bundusan, Penampang
Peter juga turut berhadapan dengan pendakwaan rasuah lain di Kuala Lumpur dan menurut sumber kes rasuah yang membabitkan projek KKLW serta Datuk Seri Shafie Apdal juga telah dibuka semula oleh pihak SPRM.