COVID-19: KKM LAPORKAN 6 KEMATIAN, SABAH MASIH TINGGI CATAT 564 KES DARIPADA...

COVID-19: KKM LAPORKAN 6 KEMATIAN, SABAH MASIH TINGGI CATAT 564 KES DARIPADA 1,009 KES HARI INI

0
SHARE
Taburan kes baharu COVID-19 di Sabah setakat 5 November 2020...(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

KUALA LUMPUR – SABAH  masih kekal mencatatkan angka tertinggi kes baharu positif COVID-19 di Malaysia selepas menyumbang angka tertinggi 564 KES daripada 1,009 KES harian yang dilaporkan hari ini, demikian yang dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 36,434 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 10,503 kes.

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SABAH masih mencatat kes tertinggi hari ini (5 November 2020) sebanyak 564 KES daripada keseluruhan 1,009 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)

DARIPADA 1,009 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, terdapat sembilan (9) KES IMPORT dilaporkan dan SEMUA 1,000 KES MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Walau bagaimanapun, KKM melaporkan angka kes sembuh juga tinggi direkodkan hari ini sebanyak 839 KES yang mana jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 25,654 kes (70.4%).

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 5 November 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

Menurut laporan itu juga, berlaku sedikit pengurangan sebanyak 78 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 28 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

KKM dengan dukacita memaklumkan terdapat ENAM (6) lagi kes kematian direkodkan hari ini yang mana 5 kes dilaporkan daripada Sabah (Kota Kinabalu, Tawau & Sandakan) dan 1 daripada Selangor (Selayang), ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah sebanyak 277 kes (0.8%).

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…