KOTA KINABALU, SABAH- Ahli Parlimen Kota Marudu, Datuk Wetrom Bahanda mengisytiharkan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di pertengahan perbincangan oleh pembangkang mengenai rancangan untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan.
“Saya menyokong penuh kepimpinan Perdana menteri kita sebagai pemimpin Kerajaan. Beliau mempunyai kredibiliti dan karisma untuk memimpin,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.
Wetrom, yang merupakan Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), berkata Anwar boleh membawa kemajuan kepada negara.
“Saya pasti Perdana Menteri kita juga bekerja keras dalam memerangi dan memikirkan usaha untuk mengatasi masalah kemiskinan.
“Ia bukan sahaja untuk Kota Marudu, tetapi untuk seluruh Sabah,” katanya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bandau.
Beliau berkata polemik politik ancaman untuk menjejaskan Kerajaan Perpaduan harus dihentikan kerana ia akan menjejaskan kestabilan negara.