Annette Rabecca Dinobatkan Juara Unduk Ngadau UPKO 2023

Annette Rabecca Dinobatkan Juara Unduk Ngadau UPKO 2023

0
SHARE
Unduk
- Annette Rabecca Januin @ Abdon, 24, mewakili UPKO Bahagian Wilayah Persekutuan Labuan dinobatkan juara Unduk Ngadau UPKO 2023, menewaskan 21 peserta lain pada pertandingan akhir Unduk Ngadau Kaamatan UPKO, di Dewan Tun Hamdan Tamparuli ( Sumber Foto: Ihsan KUSKOP )

TAMPARULI, SABAH – Annette Rabecca Januin @ Abdon, 24, mewakili UPKO Bahagian Wilayah Persekutuan Labuan dinobatkan juara Unduk Ngadau UPKO 2023, menewaskan 21 peserta lain pada pertandingan akhir Unduk Ngadau Kaamatan UPKO, di Dewan Tun Hamdan Tamparuli, di sini, semalam.

Dengan kemenangan itu, gadis manis berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Komunikasi) itu menerima hadiah wang tunai RM3,000 dan piala.

Annette turut menerima dua hadiah sampingan pada Sodop Unduk Ngadau iaitu Tati Sodop Huminodun dan Tati Kaanangan (Miss Favourite Facebook).

Tempat kedua pula dimenangi oleh Hyellene Danius, 26, mewakili UPKO Bahagian Sepanggar. Beliau menerima hadiah wang tunai RM2,500 dan piala.

Manakala tempat ketiga dimenangi wakil UPKO Bahagian Putatan Avrill Elvira Roger Anthony, 26 dan menerima hadiah wang tunai RM2,000.

Kesemua hadiah disampaikan oleh Datin Connie Parantis, isteri kepada Presiden UPKO yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.

Bagi pemenang Tati Topiodo (Miss Natural Beauty) dimenangi oleh Hemeliza Lasayung mewakili UPKO Bahagian Beaufort, Tati Tosuau (Miss Friendly) Jurina Jonimin mewakili UPKO Bahagian Libaran, Best Makep & Hair Do dimenangi wakil UPKO Bahagian Kota Marudu Arnelin Aliziana Rosmin dan Basaan Togingo (Best Creative Contemporary Dress) dimenangi Slecther Myranda Floyd (Penampang).

Sementara itu bagi pertandingan Sugandoi Kaamatan UPKO 2023, tempat pertama dimenangi oleh Cicilea Suis mewakili UPKO Bahagian Tenom, tempat kedua oleh Evana Yusep Hera dan Jearon Eyon Gouni.

Kaamatan UPKO dihadiri ribuan pengunjung dan dimeriahkan lagi dengan persembahan menarik artis jemputan iaitu Rosario Bianis dan Ray Kimara.

Sodop Unduk Ngadau dan Sugandoi Kaamatan UPKO diadakan di Dewan Tun Hamdan Tamparuli, baru-baru ini.