11 Penjawat Awam Asyik Berhibur Dan Positif Dadah Ditahan

11 Penjawat Awam Asyik Berhibur Dan Positif Dadah Ditahan

0
SHARE

JOHOR BAHRU: 30 individu termasuk 11 penjawat awam positif dadah ditahan ketika sedang asyik berhibur di sebuah pusat hiburan di Batu Pahat, awal pagi tadi.

Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar berkata, dalam serbuan Ops Hibur oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kontinjen Johor menahan semua individu itu pada kira-kira jam 1 pagi, lapor Harian Metro.

Katanya, menerusi serbuan itu, polis telah membuat pemeriksaan terhadap 49 individu yang sedang berhibur. 

“Hasil saringan awal air kencing mendapati seramai 30 orang terdiri daripasa 24 lelaki dan 6 wanita positif dadah.

“Daripada jumlah itu, seramai 11 penjawat awam lelaki serta seorang remaja lelaki bawah umur didapati positif dadah jenis methamphetamine, ketamin dan benzodiazepine.

“Pusat hiburan terbabit mempunyai lesen perniagaan dan lesen hiburan yang sah tetapi beroperasi melebihi masa ditetapkan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, di sini, hari ini.

Tambah beliau, semua yang ditahan berusia antara 17 hingg 52 tahun, manakala penjawat awam yang ditahan berusia antara 24 hingga 49 tahun.

Memurutnya, dalam operasi sama polis turut menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang mengaku sebagai penjaga premis yang juga didapati positif dadah.

“Kesemua yang ditahan direman selama empat hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya.