
SEMPORNA, SABAH – Seorang suspek direman berikutan laporan seorang wanita China yang mendakwa dia diganggu seksual oleh seorang pengajar menyelam, di sini, Jumaat lepas
Difahamkan, wanita berusia 20-an itu membuat laporan pada hari Sabtu dan telah kembali ke China.
Mangsa mendakwa “dive master” itu mencium pipinya ketika sedang menyelam di Pulau Mataking.

Dia juga mendakwa bahawa lelaki itu berulang kali menghantar mesej melalui aplikasi WeChat meminta dia keluar bersamanya.
Gambar kejadian yang didakwa serta tangkap layar skrin perbualan antara mangsa dan pengajar telah disiarkan di media sosial.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Asisten Superintendan Arif Abdul Razak@Idris berkata, polis menahan reman juruselam berusia 27 tahun itu selepas menahannya di rumah sewa pada Ahad.
Lelaki itu akan direman sehingga 11 Mei bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.





