SABAH MEMILIH: KES COVID-19 DI SABAH MENINGKAT MENDADAK, RAKYAT HARUS MENYALAHKAN SHAFIE...

SABAH MEMILIH: KES COVID-19 DI SABAH MENINGKAT MENDADAK, RAKYAT HARUS MENYALAHKAN SHAFIE APDAL

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah bakal berhadapan dengan malapetaka besar sekiranya penularan wabak COVID-19 terus meningkat.

Datuk Seri Shafie Apdal seharusnya bertanggungjawab ke atas peningkatan mendadak kes baharu positif COVID-19 yang berlaku ketika ini di Sabah.

Menurut Gabungan NGO Bebas Suara, kalau Pilihan Raya tidak diadakan sudah tentu penularan wabak ini dapat dikawal.

Terkini, Naib Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Shahril Hamdan turut dijangkiti COVID-19 selepas berkempen di beberapa daerah di Sabah. Ini disahkan sendiri oleh beliau menerusi satu kenyataan di Twitter rasmi miliknya.

Sebelum ini, Ahli Majlis Tertinggi UMNO juga telah didapati positif selepas berkempen di Sipitang Sabah.

KKM dalam sidang media (kelmarin) juga telah mengesahkan satu lagi kluster baharu di Semporna, Sabah dikesan iaitu ‘Kluster Bangau-Bangau’ yang kini sudah menjangkiti lima (5) individu.

Sabah kini mencatatkan empat (4) kluster setakat ini iaitu Kluster Benteng, Kluster Pulau, Kluster Selamat dan Kluster Bangau.

Memetik portal BH Online, Pakar kesihatan awam, Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata situasi di Sabah ketika ini tidak ubah seperti ‘bom jangka’ yang akan meletus sekiranya pilihan raya itu diteruskan memandangkan negeri itu sudah dikesan mempunyai tujuh (7) kluster dan penularan jangkitan juga sudah melepasi beberapa generasi.

Penangguhan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah adalah ‘JALAN TERBAIk’ untuk mengelakkan situasi COVID-19 bertambah buruk memandangkan jangkitan pandemik di negeri itu semakin membimbangkan.

Beliau turut berkata bahawa terdapat dua (2) pilihan yang boleh dilakukan kerajaan ketika ini iaitu menangguhkan pilihan raya atau melakukan undian secara pos atau dalam talian untuk mengelakkan jangkitan COVID-19 semakin buruk.

“Tetapi bagi saya, jalan terbaik adalah orang awam tidak keluar rumah dan penangguhan PRN adalah salah SATU cara yang perlu dipertimbangkan memandangkan wabak hari ini dikesan tidak mempunyai simptom.”

Prof Dr Sharifa berkata lagi “Kebimbangan utama saya adalah mereka yang dijangkiti tidak sakit atau mempunyai simptom… mereka inilah adalah pembawa. Apabila bercampur di pusat undi, bayangkan berapa ramai akan dijangkiti.”

“Kerajaan boleh mengadakan PRN, namun perlu sedar tahap kekuatan untuk mengekang wabak ini daripada terus merebak.”

“Jika pilihan raya secara tradisional dilakukan, adakah mampu untuk mengawal orang awam kerana dalam setiap dewan perlu memastikan tidak ramai orang ada, mungkin 10 sahaja termasuk pengundi dan kakitangan.

“Mungkin di dalam dewan atau pusat mengundi boleh dikawal tetapi sekiranya di luar dewan, orang datang bepusu-pusu bagaimana mahu memastikan mereka mengikuti kawalan itu. Aktiviti mengundi ini membabitkan orang awam di seluruh negeri, cukupkah tenaga kerja untuk mengawal semua mereka,” katanya lagi.

Tambahnya, isu-isu kecil juga harus dipandang secara serius dalam mengawal jangkitan ini contohnya seperti penggunaan pen untuk memangkah serta bas yang membawa orang mengundi.

“Setiap aktiviti keluar masuk di pusat undi perlu dikawal sepenuhnya, oleh itu masa juga akan bertambah. Jika sebelum ini pusat undi biasanya ditutup lewat petang, mungkin ia akan berlarutan sehingga lewat malam atau mungkin berhari-hari kerana kawalan itu perlu dilakukan dengan rapi,” katanya.

Dr Sharifa Ezat juga meminta kerajaan memberi perhatian khusus terhadap mereka yang pulang mengundi dan datang dari daerah yang berisiko tinggi seperti Tawau, Lahad Datu dan Kota Kinabalu.

“Tiga daerah ini mencatat jumlah jangkitan paling tinggi di Sabah dan sekiranya ada yang tinggal dan bekerja di kawasan berisiko ini, pulang ke kampung di daerah lain untuk mengundi, apa risiko yang akan berlaku khususnya apabila bertemu dengan golongan berusia dan berisiko. Ini semua perlu difikirkan dalam tempoh ini,” katanya.

Beliau menjelaskan, isu lain yang perlu dititik beratkan kerajaan ketika ini adalah mengenai kemampuan kerajaan untuk menghadapi risiko jangkitan besar-besaran termasuk persediaan kakitangan kesihatan dan kakitangan awam lain di Sabah.

Penangguhan Pilihan Raya Negeri (PRN) di Sabah adalah ‘JALAN TERBAIK’ untuk mengelakkan situasi COVID-19 bertambah buruk memandangkan jangkitan pandemik di negeri Sabah semakin membimbangkan.