Jenazah Rayan Dikebumikan Hari Ini

Jenazah Rayan Dikebumikan Hari Ini

0
SHARE
Pasukan perkhidmatan kecemasan Maghribi membawa jenazah Rayan ke dalam ambulans selepas menariknya keluar dari perigi sedalam 32 meter...

RABAT, MOROCCO – Jenazah kanak-kanak lelaki lima tahun yang terperangkap dalam sebuah perigi sempit sedalam 32 meter selama hampir lima hari akan dikebumikan hari ini, lapor AFP.

Majlis pengebumian Rayan oram yang meninggal sejurus berjaya dikeluarkan akan diadakan di kampungnya di Ighrane, utara Maghribi di mana tragedi itu berlaku…

Rayan Oram…

Berita kematian Rayan diumumkan oleh kabinet diraja Maghribi selepas Raja Mohammed VI menelefon ibu bapa mangsa untuk mengucapkan takziah.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Raja Mohammed, pihak berkuasa dan semua yang telah membantu kami…

“Semoga roh anak kami dicucuri rahmat,” kata bapa Rayan, Khaled Aourram kelmarin.

Terdahulu, jenazah Rayan dibawa ke sebuah hospital tentera di Rabat, namun belum ada laporan mengenai sebarang bedah siasat.