‘Kembar’ Vin Diesel Dari Thailand Jadi Sensasi Internet

‘Kembar’ Vin Diesel Dari Thailand Jadi Sensasi Internet

0
SHARE
Lelaki Thailand (kiri) yang mempunyai mirip rupa Vin Diesel (kanan)...

BANGKOK, THAILAND – Seorang lelaki dari Thailand yang mempunyai wajah mirip pelakon filem Fast and Furious, Vin Diesel, menjadi sensasi internet baru-baru ini.

Sejak tahun 2019, lelaki tersebut telah mula memuat naik gambar-gambarnya di media sosial dengan melakukan gaya-gaya menyerupai bintang Hollywood itu.

Jika sekali imbas, lelaki yang berkepala botak tersebut kelihatan sama seperti Vin Diesel apatah lagi apabila dia sering bergambar di belakang stereng kereta serta memakai baju-T berwarna putih.

Individu yang berasal dari Chiang Rai ini dipercayai sudah lama menyedari bahawa wajahnya mirip aktor Hollywood itu apabila sering memberi penghormatan kepada Vin Diesel menerusi beberapa status di laman sosial sejak 2017 lagi.

Gambar-gambarnya yang lain digayakan mengikut watak-watak Vin Diesel dalam pelbagai filem lakonannya seperti The Chronicles of Riddick.