Hajiji Sampaikan Sumbangan Bantuan Makanan, Alat Kebersihan Daripada Yayasan Petronas

Hajiji Sampaikan Sumbangan Bantuan Makanan, Alat Kebersihan Daripada Yayasan Petronas

0
SHARE
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyampaikan sumbangan Sentuhan Kasih Aidilfitri kepada salah seorang penerima dari Tuaran...

TUARAN, SABAH – Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor menyerahkan bantuan makanan dan alat kebersihan kepada 150 penerima dari daerah ini – sumbangan dari Yayasan Petronas di dewan persidangan Majlis Daerah di sini, hari ini.

Sumbangan itu sebahagian daripada program Yayasan Petronas ‘Sentuhan Kasih’ sempena Hari Raya Aidilfitri.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Petronas yang telah memainkan peranan untuk membantu golongan asnaf terutama pada kesususahan pandemik COVID-19 ini,” kata Hajiji.

Sumbangan Sentuhan Kasih Aidilfitri juga disampaikan kepada 150 penerima di Kinabatangan pada hari yang sama.

Turut hadir adalah Ketua Operasi, Petronas Sabah dan Labuan, Jasper Diego.

Sementara itu, sumbangan Yayasan Petronas ‘Sentuhan Kasih’ Kaamatan masing-masing akan disampaikan pada 25 Mei kepada 125 penerima di Kundasang dan Nabawan.

Bagi Labuan, Sentuhan Kasih Aidilfitri dan Kaamatan berlangsung pada 24 Mei yang masing-masing melibatkan 150 dan 100 keluarga.

Pada musim Tahun Baru Cina pada bulan Februari, Yayasan Petronas juga telah memberikan bantuan makanan dan peralatan kebersihan kepada 300 penerima di Kudat, Tenom, Kuala Penyu dan Tambunan, serta 150 orang di Labuan.

Tahun ini Yayasan Petronas bersama-sama Jabatan Kebajikan akan mengedarkan alat bantuan makanan dan kebersihan kepada 5,400 penerima bantuan di semua negeri di seluruh negara.

“Ketika negara kita terus mengharungi rintangan COVID-19, Yayasan Petronas tetap komited dalam menyokong masyarakat yang kurang mampu…

“Kuih perayaan membawa kegembiraan bukan sahaja kepada si penerima, tetapi juga kepada mereka yang membuat kuih tersebut semua dari rumah, membolehkan mereka menjana pendapatan semasa musim perayaan,” kata CEO Yayasan Petronas, Nelly Francis Shariah.

Sentuhan Kasih merupakan program tahunan pada setiap musim perayaan utama yang bertujuan menyebarkan kegembiraan dan meningkatkan kualiti hidup bagi golongan kurang berkemampuan.

Program ini adalah sebahagian daripada bidang fokus kesejahteraan dan pembangunan masyarakat Yayasan Petronas sejajar Agenda Kelestarian Petronas dan Matlamat Pembangunan Lestari Pertubuhan Bangsa Bersatu