316 Mangsa Banjir Pitas Dipindahkan Ke PPS

316 Mangsa Banjir Pitas Dipindahkan Ke PPS

0
SHARE

PITAS, SABAH – Seramai 316 mangsa banjir dari enam buah kampung di Pitas sini sedang berteduh di TIGA (3) Pusat Penempatan Sementara (PPS) sejak semalam.

Setakat 12 tengah hari ini, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sabah mengira 61 buah keluarga yang berjaya dipindahkan ke PPS Dewan Sk Pekan Pitas II, Dewan SK Rukom, dan Dewan Kampung Kusilad.

Agensi penyelamat membuat pemantauan di lokasi hotspot dan proses pemindahan mangsa dilakukan…

Mereka terdiri daripada 199 orang dewasa dan 117 orang kanak-kanak.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah ketika operasi pemindahan yang dijalankan Balai Bomba dan Penyelamat Kota Marudu bermula jam 10 pagi semalam menghadapi kesukaran disebabkan arus deras.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi JBPM Sabah berkata beberapa orang mangsa dari Kg. Tombilidon ketika itu menumpang di rumah saudara sementara menunggu PPS beroperasi sepenuhnya ekoran kesukaran pihak agensi penyelamat masuk ke kawasan berkenaan.