SABAH MEMILIH: PELANTIKAN OMAR MAMAH ASAL SEMPORNA OLEH SHAFIE APDAL MENJAWAT JAWATAN...

SABAH MEMILIH: PELANTIKAN OMAR MAMAH ASAL SEMPORNA OLEH SHAFIE APDAL MENJAWAT JAWATAN PRESIDEN MPT DITENTANG, LAPORAN KE SPRM AKAN DIBUAT

0
SHARE

AMAT MENGHAIRANKAN KENAPA SEJAK SHAFIE APDAL MENJAWAT JAWATAN KETUA MENTERI SABAH TERLALU RAMAI PENJAWAT AWAM TERTINGGI DI SABAH DILANTIK BERASAL DARIPADA SEMPORNA.

KOTA KINABALU, SABAH – Gerakan Anti Rasuah Malaysia (GERAM) hari ini tampil mempertikaikan pelantikan Datuk Omar Mamah sebagai Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT).

“Walaupun Omar bekas Pesurujaya Polis Sabah, tetapi asas kebimbangan rakyat Sabah mutakhir ini mengenai wujudnya terlalu ramai pelantikan penjawat awam daripada Semporna dan mempunyai kaitan kekeluargaan pula dengan Shafie amat membimbangkan.”

“Sebelum ini terdengar ura-ura Omar mahu dilantik menjadi Mayor Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, tetapi selepas dihidu lebih awal dan wujud bantahan, pelantikan tersebut telah dibatalkan.”

Foto Omar Mamah menerima surat pelantikan Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT)…

“Sebahagian besar masyarakat di Tawau pula menyatakan adakah sudah tidak ada lagi orang Tawau yang berkelayakan?.”

Menurut GERAM “kami juga sedang mengumpul bukti wujudnya penjawat awam berasal dari Semporna yang telah dinaikkan pangkat sebanyak 3 hingga 4 kali bagi membolehkannya menduduki pelbagai jawatan pegawai tertinggi di Sabah.”

Info grafik yang tular di laman media sosial Facebook berhubung senarai nama lantikan jawatan tertentu Jabatan termasuk Syarikat Milik Kerajaan Negeri Sabah yang mempunyai kaitan dengan Shafie Apdal…

“Tuduhan orang ramai mengenai pelantikan Omar yang turut dikaitkan mempunyai talian kekeluargaan dengan Shafie serta ‘AGENDA HALUS’ untuk meletakkan kesemua penjawat tinggi awam terdiri daripada kroni Shafie akan cuba dibawa kepengetahuan SPRM.

“Justeru, GERAM akan tampil melaporkan perkara ini kepada SPRM pada minggu hadapan dan berharap pihak SPRM dapat membentuk satu pasukan petugas khas bagi menyiasat kesemua pelantikan baharu penjawat awam di Sabah yang turut dikaitkan mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Shafie Apdal.

“Orang rakyat yang membuat aduan mengenai perkara ini tidak perlu bimbang kerana SPRM mempunyai bidang kepakaran untuk menyiasat hal-hal yang menyalahi salah guna kuasa.”

VIDEO yang turut tular di laman media sosial Facebook yang jelas memperlihatkan Shafie berbahasa Bajau berkata “KITA YANG BERKUASA DI SABAH.”

Dalam pada itu orang ramai ketika diminta mengulas mengenai kejadian ini turut berharap agar rakyat Sabah bersatu hati menolak Parti Warisan Sabah pada 26 Sept ini.

“Rakyat Sabah harus menterjemahkan KEMarahan ini melalui peti undi.”

“Shafie Apdal telah banyak melakukan KEROSAKAN di Sabah bukan sahaja kepada EKONOMI Sabah telah hancur dan jatuh menjunam, malahan banyak pelantikan penjawat awam berasal daripada Semporna dan mempunyai kaitan keluarga dengan Shafie jelas tidak disenangi oleh sebilangan besar rakyat Sabah.”

Data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Rekod pentadbiran ekonomi Sabah di bawah pentadbiran Datuk Seri Shafie Apdal MENJUNAMKAN EKONOMI dengan menjatuhkan kadar pertumbuhan KDNK Sabah  secara mendadak dari 8.2% (paling tertinggi di antara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling rendah antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling RENDAH antara semua negeri) pada tahun 2019.

“Sebelum ini Shafie turut melantik Timbalan Ketua Menteri juga berasal dari Semporna, alang-alang pindahkan saja ibu negeri Sabah ke Semporna,” demikian reaksi rakyat Sabah yang marah ketika diminta mengulas mengenai perkara ini.