KKM Tidak Cadang Laksana Semula PKP, Segala Sekatan Susulan Peningkatan Kes COVID-19

KKM Tidak Cadang Laksana Semula PKP, Segala Sekatan Susulan Peningkatan Kes COVID-19

0
SHARE
Dzulkefly
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ( Sumber Foto: Gambar carian Google )

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak bercadang untuk melaksana sebarang sekatan termasuk Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) susulan peningkatan mendadak kes COVID-19 ketika ini.

Memetik sumber Berita Harian, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berkata KKM sedang melaksana lima langkah dan strategi dalam menghadapi peningkatan jangkitan ketika ini.

“Kita (KKM) harap dapat melalui (fasa peningkatan jangkitan ketika ini) tanpa melalui sekatan termasuk PKP yang dilaksana pada awal pandemik dulu.

“Kita dah tak cakap mengenainya (sekatan) atau akan mengulangi PKP. Sebab banyak yang tanya dan banyak kegusaran di situ,” katanya pada sidang media di Kementerian Kesihatan (KKM) di Putrajaya hari ini.

Katanya, fasiliti kesihatan ketika ini sudah bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan berlaku peningkatan kemasukan pesakit ke hospital.

“Kita sedia termasuk dengan (fasiliti kesihatan) ATM, swasta dan NGO (badan bukan kerajaan),” katanya.