SABAH MEMILIH: VIDEO FITNAH AZMIN ALI SOKONG SHAFIE APDAL BUKTI JENTERA PARTI...

SABAH MEMILIH: VIDEO FITNAH AZMIN ALI SOKONG SHAFIE APDAL BUKTI JENTERA PARTI WARISAN SABAH SANGAT TERDESAK RAIH UNDI

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sejak pagi tadi, satu VIDEO FITNAH Dato’ Seri Azmin Ali menyokong Datuk Seri Shafie Apdal mula ditularkan oleh jentera Warisan di laman media sosial Facebook dan sebaran aplikasi WhatsApp.

Kepimpinan Warisan Sabah termasuk jenteranya jelas begitu terdesak untuk meraih undi selepas melihat kebangkitan rakyat Sabah menolak Parti Warisan pada hari mengundi 26 Sept ini.

Video FITNAH Dato’ Seri Azmin Ali menyokong Datuk Seri Shafie Apdal yang ditularkan oleh jentera Warisan…

Menurut Baharuddin Hadi seorang aktivis politik bebas sejak kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula, Azmin dilihat begitu aktif bergerak di seluruh Sabah menyerang kepimpinan Shafie dan ini sudah tentu tidak masuk akal Azmin mengeluarkan kenyataan seperti itu.

“Walaupun kaedah yang cuba dilakukan oleh Shafie Apdal dan jenteranya, dendam rakyat Sabah tethadap Shafie termasuk Parti sekutunya tidak boleh dibendung.”

“Apa yang dapat saya simpulkan kesan kegagalan Shafie membantu rakyat Sabah berhadapan dengan situasi sukar semasa PKP dikuatkuasakan tempoh hari masih segar dalam ingatan mereka.”

“Rakyat ketika ini jelas mempunyai keazaman yang sangat membara untuk menguburkan Shafie dan Parti Warisan pada PRN kali ini, justeru apa sahaja KAEDAH mahu pun TAWARAN yang dibuat tidak akan dapat mempengaruhi mereka untuk menolak Parti Warisan Sabah,” Baharuddin berkata lagi.