SABAH MEMILIH: VIDEO AMANAT PENTING TAN SRI MUSA AMAN UNTUK RAKYAT SABAH...

SABAH MEMILIH: VIDEO AMANAT PENTING TAN SRI MUSA AMAN UNTUK RAKYAT SABAH SEMPENA HARI MENGUNDI PRN KE 16 PADA 26 SEPT 2020

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman memberi AMANAT penting buat semua rakyat Sabah dalam melaksanakan tanggungjawab masing-masing sebagai pengundi untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ke-16 pada esok hari, 26 Sept.

Musa memberi AMANAT kepada rakyat Sabah melalu satu video yang berdurasi 4 minit 46 saat.

Memetik kenyataan Musa pada video AMANAT itu, beliau menjelaskan PUNCA kepada berlakunya pilihan raya mengejut di negeri Sabah ini.

Jelasnya, seramai 16 wakil rakyat telah hilang kepercayaan terhadap Kerajaan Warisan di bawah kepimpinan Shafie Apdal di mana kesemua mereka membuat keputusan untuk menyertai Gabungan yang dipimpin Musa.

VIDEO AMANAT PENTING TAN SRI MUSA AMAN UNTUK RAKYAT SABAH SEMPENA HARI MENGUNDI PILIHAN RAYA NEGERI (PRN) KE-16 SABAH PADA 26 SEPTEMBER 2020…

Musa turut menafikan tuduhan sesetengah pihak terutamanya daripada pihak Warisan yang menyatakan tindakannya sebagai cubaan untuk merampas Kerajaan daripada Warisan ketika itu.

“Justeru, tuduhan bahawa gabungan 33 wakil rakyat cuba merampas kerajaan daripada Warisan adalah sama sekali TIDAK BENAR.

“Walaupun kami mempunyai MAJORITI MUDAH untuk menubuhkan kerajaan negeri, tetapi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tetap dibubarkan. Tanpa memberikan kami peluang untuk membuktikan bahawa Kerajaan Warisan telah kehilangan majoriti.

Foto seramai 33 ADUN menyokong Tan Sri Musa Aman sebagai Ketua Menteri, yang peliknya Juhar menafikan tidak ada menerima SD tersebut…

“Kami telah berusaha mengikuti proses sebenar seperti yang termaktub dalam perlembagaan. namun, hak kami telah dinafikan.

Tambah Musa, tindakannya yang membawa perkara pembubaran DUN Sabah itu ke Mahkamah Rayuan agar ditangguhkan adalah disebabkan pandemik COVID-19 yang sedang melanda negara ketika ini.

Musa menjelaskan bahawa “segala hujah-hujah kami telah ditolak dengan alasan bahawa proses pilihan raya dijamin terkawal. Ternyata sekarang ini penularan penyakit COVID-19 semakin meningkat di negeri Sabah seperti mana yang kami jangka.

Statistik yang dipetik melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang jelas menunjukkan trend peningkatan angka kes baharu COVID-19 di Sabah…

“Ini amat membahayakan keselamatan rakyat. Saya yakin rakyat Malaysia di Sabah akan MENOLAK Kerajaan Warisan kerana pemimpin mereka TIDAK PRIHATIN terhadap keselamatan rakyat. Mereka juga telah GAGAL mentadbir negeri Sabah, yang mana terbukti jelas dengan KEMEROSOTAN EKONOMI.

Data rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).
Rekod pentadbiran ekonomi Sabah di bawah pentadbiran Shafie Apdal MENJUNAMKAN kadar pertumbuhan KDNK Sabah dari 8.2% (paling TERTINGGI di antara semua negeri) pada tahun 2017 ke 1.5% (paling RENDAH antara semua negeri) pada tahun 2018 dan turun lagi ke 0.5% (paling RENDAH antara semua negeri) pada tahun 2019…

“Sepatutnya Kerajaan Warisan memberi tumpuan terhadap pembangunan negeri Sabah, tetapi mereka asyik berpolitik dan menabur fitnah serta berjanji kosong.”

Musa juga turut menasihati para pengundi supaya memilih calon-calon yang berwibawa dan jangan memilih calon-calon Warisan pada 26 Sept ini.

Dalam pada itu, Musa mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Sabah sama ada secara langsung atau tidak langsung di atas sokongan dan kerjasama selama beliau menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah.

“Selama 15 tahun saya telah memebrikan khidmat yang terbaik dan meninggalkan sebuah pengurusan pentadbiran yag berkesan serta pengurusan kewangan yang mantap.

Foto Jabatan Audit Negara memuji pentadbiran negeri Sabah dibawah pentadbiran Tan Sri Musa Aman…(Sumber Foto dipetik daripada Berita Harian Online)

“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada seluruh penjawat awam, rakan-rakan sperjuangan dalam politik dan rakyat seluruh sabah di atas sokngan dan kerjasama selama saya menjawat jawatan Ketua Menteri Sabah.

“Saya berharap kerajaan yang bakal dibentuk selepas PRN16 merupakan sebuah kerajaan yang adil dan saksama kepada semua rakyat negeri sabah yang tercinta,” kata beliau.

Tan Sri Musa Aman…

Mengakhiri Amanat beliau, Musa mengucapkan “Jaga diri, Jaga Negeri..SELAMAT MENGUNDI.”