DULU SHAFIE CAKAP RAKYAT SABAH JANGAN TERLALU HARAP BANTUAN KERAJAAN, HARI INI...

DULU SHAFIE CAKAP RAKYAT SABAH JANGAN TERLALU HARAP BANTUAN KERAJAAN, HARI INI TIBA MASANYA RAKYAT PULA CAKAP SHAFIE JANGAN CUBA HARAP UNDI RAKYAT SABAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Hari ini (26 Sept.) tiba masanya bagi rakyat Sabah membuat keputusan penting untuk memilih Kerajaan dalam memimpin Negeri Sabah untuk tempoh lima (5) tahun mendatang.

Hampir dua (2) minggu rakyat Sabah telah diangkat menjadi ‘Sang Raja’ oleh pemimpin-pemimpin parti politik yang bertanding.

Rakyat telah dipujuk rayu agar kuasa memilih dapat dilakukan dengan tepat.

Dapatan kajian di lapangan ketika ini secara jelas juga menunjukkan Gabungan Barisan Nasional (BN) bersama Perikatan Nasional (PN) dan PBS bakal membantu pembentukan Kerajaan negeri Sabah yang baharu.

Wartawan Sabahnews.com.my (kelmarin) berkesempatan menemu bual beberapa orang pengundi untuk bertanya mengenai peluang Parti Warisan Sabah pada pilihan raya kali ini dan amat memeranjatkan ada diantara mereka yang memberikan jawapan “hati kami (rakyat Sabah) cukup terguris dengan Shafie Apdal selepas mengeluarkan kenyataan rakyat Sabah tidak perlu mengharapkan bantuan Kerajaan semasa PKP dikuatkuasakan tempoh hari.”

“Shafie layan rakyat Sabah seolah-olah seperti PENGEMIS, sedangkan pada waktu itu kami langsung tidak mempunyai kewangan untuk membeli makanan.”

“Kami tidak boleh keluar rumah untuk bekerja dan berniaga, PKP pula secara tiba-tiba dikuatkuasakan.”

“Bila kami mengadu kepada Kerajaan Shafie Apdal, akhirnya dia bagitahu rakyat jangan terlalu bergantung harap kepada Kerajaan.”

Portal tempatan yang menyiarkan berita hati rakyat Sabah cukup terguris dengan kenyataan Shafie…

Sekarang kami pula (rakyat Sabah) ingin berikan jawapan kami kepada Shafie Apdal “JANGAN HARAP BANTUAN UNDI DARI KAMI”, kata pengundi yang ditemui.

Pilihan raya ke-16 negeri Sabah kali ini menyaksikan 73 kerusi DUN dipertandingkan untuk memilih kerajaan negeri Sabah yang baharu.

Berhubung perkara ini, berikut adalah komen daripada rakyat Sabah yang jelas tersinggung dengan kenyataan Shafie sebelum (semasa PKP) ini rakyat jangan terlalu bergantung kepada kerajaan;