KOTA KINABALU, SABAH – Sabah International Halal Expo (SAHEX) 2024 menjadi platform bagi pemain industri halal untuk mengembangkan dan meluaskan potensi pasaran di dalam dan luar negara.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif berkata kerajaan sentiasa terbuka dengan mana-mana negara jiran bagi bertukar-tukar produk dan kerjasama lain dalam memasarkan produk halal.
“Kerjasama bersama negara-negara jiran amat dialu-alukan dalam memasarkan produk halal atau bertukar-tukar bahan khususnya seperti negara Brunei, Indonesia dan Singapura.
“Selepas melawat ke beberapa booth pempamer, beberapa pengusaha sudah berjaya memasarkan produk-produk mereka ke negara-negara jiran” katanya.
Ariffin turut memaklumkan dakwaan segelintir masyarakat bahawa di Sabah sukar mendapatkan makanan halal adalah tidak benar memandangkan dianggarkan lebih 200 pengusaha sudah menerima sijil pengiktirafan halal.
“Permohonan untuk mendapatkan pensijilan halal sebelum ini tertunggak, sudah diselesaikan serta beberapa syarikat dan restoran yang baru memohon sedang dalam penilitian.
“Produk-produk dari industri kecil sederhana (IKS) juga banyak memohon pensijilan halal dan pihak kerajaan akan memberikan tumpuan khusus bagi membantu mereka untuk membangun perniagaan mereka”. Katanya ketika ditemui media pada Majlis Perasmian dan Penangguhan SAHEX 2024 di Pusat Konvensyen Kota Kinabalu (SICC).
Pada majlis itu, Ariffin melancarkan satu aplikasi Halal Sabah bagi memudahkan masyarakat menyemak senarai-senarai pengusaha dan produk yang mendapat persijilan pengiktirafan halal serta Pelancaran Garis Panduan Konsultan Halal Sabah 2024.
Beliau turut menyampaikan Anugerah Pengurusan Halal Sabah 2024 kepada dua pempamer iaitu Jetsin Sdn Bhd dan Desa Group setelah memenuhi kriteria yang ditetapkan. — JABATAN PENERANGAN SABAH