KOTA KINABALU, SABAH – Rakyat Sabah tampil mengecam kenyataan Tan Sri Richard Malanjum mengajak rakyat Sabah makan pasir berkemungkinan merujuk kepada saranan kempen Parti Warisan iaitu ‘SABAH UNTUK ORANG SABAH’.
Video yang turut tular di media sosial tersebut jelas telah membangkitkan kemarahan sebilangan besar rakyat Sabah.
VIDEO Tan Sri Richard Malanjum mengajak rakyat Sabah makan pasir yang tular di laman media sosial Facebook dan sebaran aplikasi WhatsApp…
Richard yang juga bekas Ketua Hakim Negara dilihat sedang berkempen dan mengeluarkan kenyataan ‘biar kita makan pasir’ asal kita satu kaum.
Gerakan NGO Bebas Suara (BEBAS) ketika diminta mengulas mengenai video tersebut berkata di mana rasionalnya nasihat yang diberikan oleh Richard untuk rakyat Sabah untuk makan pasir.
“Sedarkah Richard sebelum ini semasa PKP dikuatkuasakan ada rakyat Sabah yang terpaksa makan nasi berlaukkan garam, manakala anak-anak kecil pula hanya diberikan minuman air gula kerana mereka ketiadaan wang untuk membeli lauk dan susu.”
“Kenapa Shafie tidak tampil memberikan bantuan kepada rakyat Sabah ketika itu.”
“Mujurlah ada bantuan segera berupa wang tunai dari Kerajaan Persekutuan berjumlah RM1,600 manakala belia pula diberikan RM800.”
“Kalau harapkan Shafie alamat mati kebuluranlah rakyat Sabah.”
“Kemudian yang amat pelik dan menghairankan, Richard bersungguh-sungguh pula menyuruh rakyat makan pasir. Adakah apabila berlaku keadaan genting seperti itu rakyat Sabah tidak boleh menerima wang dari Kerajaan Persekutuan.”
“Kami juga telah melancarkan petisen mendesak agar Shafie meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah dan hampir 15 ribu orang terdiri dari rakyat Sabah telah menandatangani petisen tersebut sebagai BANTAHAN di atas KEGAGALAN Shafie mengurus tadbir negeri Sabah.”

“Di mana Richard apabila rakyat Sabah berhadapan dengan kesukaran semasa PKP dikuatkuasakan di Sabah, sekarang baru tampil dan tunjuk ‘HERO’ membantu pula Parti Warisan yang jelas telah ditolak oleh seluruh rakyat Sabah,” BEBAS berkata lagi.