KOTA KINABALU, SABAH – Datuk Seri Shafie Apdal memaklumkan akan membuat keputusan dalam masa terdekat ini berhubung jawatan Perdana Menteri Malaysia seperti yang dicadangkan oleh Tun Dr Mahathir baru-baru ini.
Shafie Apdal yang juga Presiden Parti Warisan Sabah dalam reaksi balas mengenai cadangan Tun tersebut berkata untuk meminta sedikit masa bagi meneliti secara mendalam dan perlu berbincang dengan timbalannya serta kepimpinan Parti Warisan.
Shafie berkata lagi “tidak pernah dalam sejarah apa yang beliau (Tun Mahathir) cadangkan, ini adalah cabaran besar kepada saya yang akan saya pertimbangkan secara serius, tidak lama cuma berikan saya masa sikit.”
Pemilihan Shafie sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-9 dibuat selepas Tun Dr Mahathir mengadakan pertemuan dengan sekutunya (Parti Amanah Negara, DAP dan Warisan) di Rumah Tetamu Sabah Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, penganalisis politik bebas berkata cadangan Tun tersebut hanya dilihat sebagai ‘angan-angan kosong’ dan terlalu sukar untuk dicapai memandangkan Anwar Ibrahim sudah tentu akan menentang cadangan tersebut.
Persoalannya dari mana Tun Mahathir termasuk sekutunya Amanah dan DAP akan memperolehi kerusi bagi menawan Putrajaya sekiranya PKR tidak bersetuju dengan cadangan Tun?
Aktivis politik lainnya ketika diminta mengulas kenyataan terbaru tersebut pula berkata cadangan Tun untuk melantik Shafie menjadi Perdana Menteri sebenarnya hanya untuk mengalih perhatian rakyat mengenai isu rasuah Shafie…
Difahamkan menurut sumber dalaman, Shafie akan dihadapkan ke mahkamah selepas Peter Anthony berhubung kes tanah RISDA dan peruntukan luar bandar bernilai RM1.5. billion.
Justeru strategi ini terpaksa digunakan kononnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah alat kerajaan untuk melakukan kerja kotor kerana khuatir Shafie bakal jadi Perdana Menteri Malaysia.
Isu wakil rakyat parti Warisan yang dijangka akan keluar meninggalkan Parti termasuk mengendurkan kemarahan rakyat kerana kegagalan Shafie menguruskan bantuan COVID-19 untuk rakyat Sabah juga menjadi salah satu sebab pelantikan Shafie sebagai calon Perdana Menteri ke-9 ini digembar-gemburkan.
Kenyataan terbaru Shafie kononnya perlu masa untuk membuat keputusan menerima cadangan Tun juga jelas tidak masuk akal, ini adalah kerana sebelum keputusan dibuat Shafie juga berada bersama Tun bagi membincangkan pemilihan bakal Perdana Menteri tersebut.
Justeru rakyat diminta memahami taktik pelantikan Shafie sebagai calon ini sebenarnya sengaja diadakan bagi membina presepsi buruk terhadap kerajaan termasuk membuli Anwar Ibrahim kerana tidak bersetuju memilih Tun sebagai Perdana Menteri Ke-9.
Berikut merupakan sebahagian komen netizen di laman media sosial Facebook milik Datuk Seri Shafie Apdal berhubung isu ini;