Itali Juara EURO 2020, Kalahkan England Menerusi Sepakan Penentuan

Itali Juara EURO 2020, Kalahkan England Menerusi Sepakan Penentuan

0
SHARE

LONDON – Itali menjuarai Euro 2020 selepas menewaskan England menerusi sepakan penentuan 3-2 pada aksi final di Wembley, di sini, awal pagi tadi.

Skuad Azzuri menjulang trofi Eropah pertama sejak kejuaraan pada 1968 selepas England kendalian Gareth Southgate tewas susulan kegagalan pemain gantian Marcus Rashford, Jadon Sancho dan Bukayo Saka menyempurnakan sepakan penalti.

Penjaga gol Itali, Gianluigi Donnarumma menyelamatkan sepakan penalti Bukayo Saka untuk memastikan kemenangan ke atas England pada aksi final Euro 2020 di Wembley…

Sepakan penentuan terpaksa dilakukan susulan kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas masa tambahan.

Terdahulu England memperoleh gol pertama menerusi Luke Shaw pada minit kedua, sebelum disamakan pertahanan Itali, Leonardo Bonucci minit ke-67.

Untuk rekod, Skuad Azzuri menjulang trofi Eropah pertama sejak kejuaraan pada 1968.

Pemain Itali meraikan kejayaan selepas menang menerusi sepakan penalti aksi final Euro 2020 di Wembley…