Saringan Kontak Rapat Sumbang Peningkatan Angka Kes Baharu Positif COVID-19 Di Sabah

Saringan Kontak Rapat Sumbang Peningkatan Angka Kes Baharu Positif COVID-19 Di Sabah

0
SHARE
Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Sabah setakat 11 Julai 2021...(Sumber Foto: Command Centre Sabah)

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah mencatatkan peningkatan 20 kes positif baharu COVID-19 kelmarin (Ahad) yang membawa kepada jumlah 271 KES.

Daerah yang mendominasi peningkatan kes pada hari ini ialah Beaufort (70) kes dan Kota Kinabalu (61) kes iaitu menyumbang 48.3% daripada jumlah kes Negeri Sabah.

Jurucakap COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun menjelaskan 70 kes yang direkodkan di Beaufort berpunca daripada Saringan Kontak Rapat (51) kes, Saringan Kluster Lumadan (10) kes dan Saringan Bergejala sembilan (9) kes.

Beliau juga mengumumkan satu (1) kluster baharu yang dikesan di Keningau.

“Kluster Kayu Patikang merupakan penularan jangkitan di tempat kerja iaitu di sebuah kilang pemprosesan kayu balak di daerah Keningau melibatkan Mukim Patikang dan Lingkudau…

“Kes indeks adalah kanak-kanak perempuan, 4, bukan warganegara yang dikesan melalui saringan bergejala di Hospital Keningau.

“Saringan kontak di lapangan mendapati 16 lagi kes positif pada 10 Julai,” beliau berkata.

Pada masa yang sama, dua lagi kes positif dilaporkan oleh Pusat Kuarantin Sementara IPG Keningau. Setakat hari ini, daripada 88 kontak yang disaring, terdapat 19 kes positif termasuk 18 kes baharu.

Dalam perkembangan lain, TUJUH (7) lokaliti dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 13 sehingga 26 Julai.

“Lokaliti ini termasuk Kampung Jempangah dan Rancangan Klias di Beaufort, Kampung Tebongon di Putatan, Jalan Pasir, Likas, Kampung Kuala Menggatal dan Kuarters Tangki Air Biru, Telipok di Kota Kinabalu, dan BorneoTimber di Tongod,” katanya.