COVID-19: KES BAHARU KEMBALI KEPADA 4 ANGKA HARI INI, CATAT 1,315 KES...

COVID-19: KES BAHARU KEMBALI KEPADA 4 ANGKA HARI INI, CATAT 1,315 KES BAHARU DAN 4 KEMATIAN

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan kes sembuh hari ini sebanyak 1,110 KES pesakit telah sembuh, demikian menurut laporan menerusi laporan rasmi  KKM sebentar tadi.

Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 51,314 kes (81.2%).

Menurut laporan KKM hari ini, SELANGOR telah mencatatkan kes sembuh COVID-19 tertinggi di Malaysia iaitu sebanyak 511 KES.

Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM…

Walaupun kes sembuh berada dalam angka yang baik, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 telah meningkat di paras membimbangkan iaitu sebanyak 1,315 KES.

Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 63,176 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 11,508 kes.

DARIPADA 1,315 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak lima (5) Kes import, manakala 1,310 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…

Infografik perkembangan terkini COVID-19 di Malaysia setakat 28 November 2020…(Sumber Foto: CPRC Kebangsaan, KKM)

Menurut KKM juga, sebanyak 118 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 43 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.

Daripada laporan KKM hari ini, SABAH menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 476 KES.

KKM dukacita memaklumkan terdapat EMPAT (4) kes kematian direkodkan hari ini dan ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 354 kes (0.6%).

Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;

Perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia yang mana SABAH kembali mencatat kes tertinggi hari ini (28 November 2020) sebanyak 476 KES daripada keseluruhan 1,315 KES harian hari ini…(Sumber Foto: MyHealth, KKM)