PKPD Di Kampung Numbak, Penempatan Telipok Dilanjutkan Lagi Bermula 30 November Hingga...

PKPD Di Kampung Numbak, Penempatan Telipok Dilanjutkan Lagi Bermula 30 November Hingga 16 Disember

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Numbak dan Penempatan Telipok, Sabah di lanjutkan lagi selama 14 hari lagi bermula hari ini (30 November) hingga 16 Disember 2020.

Menteri Kanan (Keselamatan), Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan berkata, PKPD itu sepatutnya berakhir 29 Nov, tetapi telah disambung lagi kerana masih terdapat kes aktif COVID-19 di dua (2) kawasan itu.

“Sehingga 27 lalu, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan masih terdapat 109 kes aktif di Kg Numbak, manakala 136 kes aktif di Petempatan Telipok…

“Selain jumlah kes aktif yang masih tinggi, terdapat ramai lagi penduduk di kedua-dua lokaliti ini yang perlu menjalani ujian saringan,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Dalam pada itu, Ismail berkata, polis menahan 648 individu atas kesalahan ingkar arahan perintah kawalan pergerakan (PKP) semalam.

Katanya, daripada jumlah itu, 594 individu dikompaun dan 54 direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP, termasuk aktiviti pusat hiburan (331), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (102), tidak memakai pelitup muka (65), rentas negeri atau daerah perintah kawalan pegerakan bersyarat (PKPB) tanpa kebenaran (64), gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (60) dan lain-lain (26),” katanya.

Menurutnya lagi, dalam Operasi Benteng semalam, 99 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua penyeludup ditahan, sementara dua kenderaan darat dirampas.