Ketua Menteri Bentang Belanjawan 2021 Sabah Pada 18 Disember Ini

Ketua Menteri Bentang Belanjawan 2021 Sabah Pada 18 Disember Ini

0
SHARE
Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor...

KOTA KINABALU, SABAH Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor bakal membentangkan Belanjawan 2021 bagi negeri Sabah pada 18 Disember ini.

Jabatan Penerangan Sabah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini berkata, ucapan pembentangan daripada Ketua Menteri merangkap Menteri Kewangan Sabah akan bermula pada jam 3 petang dan akan disusuli dengan mesyuarat kedua penggal pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ke-16, bermula 21 hingga 23 Dis.

“Selaras dengan keputusan mesyuarat yang dipengerusikan setiausaha DUN Sabah pada 30 Okt lalu, liputan hanya akan dibuat oleh media rasmi kerajaan dengan jumlah yang dibenarkan sebagai pematuhan terhadap SOP (prosedur operasi standard) bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

“Bagaimanapun, media tidak rasmi boleh mengikuti persidangan secara langsung di laman Youtube yang dikendalikan oleh Jabatan Komputer Negeri Sabah, manakala bahan dan gambar akan dibekalkan oleh Jabatan Penerangan Sabah,” menurut kenyaaan itu.