Cuaca Panas Melampau Melanda Amerika

Cuaca Panas Melampau Melanda Amerika

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

LOS ANGELES – Berpuluh juta rakyat Amerika terjejas ekoran beberapa bandarnya dijangka mengalami cuaca panas melampau pada hujung minggu akan datang.

Gelombang haba dijangka melanda sebahagian besar Pantai Barat dan Barat Daya pada hujung minggu ini, menurut Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) AS, lapor Xinhua.

Sebahagian besar kawasan selatan-tengah dan barat Amerika Syarikat (AS) dilanda gelombang haba sejak beberapa hari dan minggu kebelakangan ini.

Pada Sabtu dan Ahad, terdapat 45 ramalan suhu tertinggi di California, Nevada, Arizona, Texas, Florida, Oregon dan Idaho, menurut NWS.

Suhu mampu mencapai sekitar 54.4 darjah Celsius pada Jumaat di bahagian Arizona dan Nevada.

Las Vegas dijangka mencatat suhu sekitar 47.8 darjah Celsius. Ia memecahkan rekod sebelumnya iaitu 47.2 darjah Celsius.