KOTA KINABALU, SABAH Jumlah jangkitan harian melonjak melepasi paras 300 dengan 369 KES baharu iaitu peningkatan 84 kes berbanding semalam.
Sebanyak 9 daerah mencatatkan kes dua angka yang didahului oleh Kota Kinabalu dengan 91 kes (-1), Sandakan 40 kes (+11), Tawau 36 kes (+7), Tuaran 35 kes (+16), Putatan 34 kes (+26), Papar 24 kes (+14), Lahad Datu 17 kes (-5), Penampang 15 kes (+/-) dan Kuala Penyu 13 kes (+11).
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata hanya 3 daerah yang tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu, iaitu Kunak, Nabawan dan Tenom.
“Peningkatan jumlah kes secara mendadak selari dengan kadar positiviti yang semakin tinggi…
“Hari ini kadar positiviti ialah 13.32 peratus dengan jumlah sampel ujian 3,034.
“Kelmarin kadar positiviti ialah 11.35 peratus dengan sampel ujian berjumlah 3,189
“Seperti yang diperjelaskan sebelum ini, lebih tinggi kadar positiviti, lebih cepat jangkitan merebak dan jumlah pesakit baharu akan turut sama bertambah,” katanya.
Terdapat dua (2) kes dalam Kategori 3, tiga (3) kes dalam Kategori 4 dan satu (1) kes dalam Kategori 5 hari ini.
Berikut merupakan pecahan kes mengikut daerah di mana angka dalam kurungan adalah jumlah kelmarin.
Kota Kinabalu 91 (92)
Sandakan 40 (29)
Tawau 36 (29)
Tuaran 35 (19)
Putatan 34 (8)
Papar 24 (10)
Lahad Datu 17 (22)
Penampang 15 (15)
Kuala Penyu 13 (2)
Kota Belud 9 (9)
Tambunan 8 (6)
Beaufort 7 (1)
Kota Marudu 6 (3)
Ranau 5 (8)
Beluran 4 (0)
Kalabakan 4 (0)
Kudat 4 (4)
Pitas 4 (1)
Keningau 3 (12)
Kinabatangan 3 (0)
Sipitang 3 (7)
Telupid 2 (2)
Semporna 1 (3)
Tongod 1 (0)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (1)
Tenom 0 (2)