
KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 1,552 KES pesakit telah sembuh hari ini, demikian menurut laporan rasmi KKM sebentar tadi.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah sebanyak 56,311 kes (74.3%).
Walaupun kes sembuh berada dalam angka yang baik, dilaporkan juga kes baharu positif COVID-19 masih di paras membimbangkan iaitu sebanyak 1,472 KES.
Ini menjadikan jumlah kes positif COVID-19 di Malaysia meningkat kepada 67,169 kes. Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 10,495 kes.
DARIPADA 1,472 KES BAHARU YANG DILAPORKAN HARI INI, sebanyak lima (5) Kes import, manakala 1,467 KES lagi MELIBATKAN PENULARAN TEMPATAN…
Menurut KKM juga, sebanyak 120 kes positif COVID-19 masih sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), dengan 44 kes pesakit yang memerlukan bantuan pernafasan.
Daripada laporan KKM hari ini, NEGERI SELANGOR menyumbangkan angka kes baharu COVID-19 tertinggi hari ini di Malaysia iaitu 891 KES.
KKM dukacita memaklumkan terdapat TIGA (3) kes kematian direkodkan hari ini yang mana semua dilaporkan daripada SABAH (Tawau & Kota Kinabalu), ini menjadikan jumlah kes kematian setakat ini dalam negara adalah kekal sebanyak 363 kes (0.6%).
Berikut merupakan perincian jangkitan kes baharu COVID-19 mengikut negeri di Malaysia;
