Kerajaan Negeri Terus Komited Membangunkan Golongan OKU Melalui TDKKU

Kerajaan Negeri Terus Komited Membangunkan Golongan OKU Melalui TDKKU

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Ibu bapa dan penjaga kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) dialukan untuk menghantar anak mereka ke Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (TDKKU) bagi mendapat pendidikan asas.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya berkata ini bagi menjamin hak dan keperluan golongan tersebut terutamanya yang kurang berkemampuan.

“Kerajaan Negeri terus komited membangunkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU) di negeri ini…

“TDKKU merupakan satu lagi inisiatif dalam usaha membangunkan masyarakat bagi kumpulan sasar kanak-kanak golongan OKU,” katanya.

Shahelmey berkata demikian selepas menyaksikan Penyerahan Bangunan Taman Didikan Kanak-Kanak Kurang Upaya (TDKKU) di Sembulan pagi tadi.

Shahelmey melihat kemudahan asas yang tersedia di TDKKU Sembulan…

“Fasiliti TDKKU diwujugkan agar kanak-kanak tersebut boleh dilatih untuk menjaga diri disamping diberi pendedahan 3M iaitu membaca, menulis, mengira serta perkhidmatan fisioterapi kepada yang memerlukan,” tambahnya.

Sebagai rekod, terdapat enam (6) buah TDKKU di negeri Sabah iaitu di Sembulan, Sandakan, Tawau, Kudat Beaufort dan Lahad Datu.

TTDKU Sembulan mempunyai kapasiti untuk memuatkan 40 kanak-kanak OKU pada satu masa.