SOP Baharu Wajib Dos Penggalak Bagi Jemaah Umrah – Hishammuddin

SOP Baharu Wajib Dos Penggalak Bagi Jemaah Umrah – Hishammuddin

0
SHARE
Gambar sekadar hiasan...

KUALA LUMPUR – Jemaah umrah kini diwajibkan menerima dos penggalak yang merupakan antara prosedur operasi standard (SOP) baharu, berkuat kuasa 14 Feb ini, menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Selain itu, beliau yang dipetik Bernama berkata, jemaah umrah dibenar menjalani kuarantin wajib di tempat kediaman tanpa memohon kelulusan portal Permohonan Kuarantin Di Rumah (HQA).

“Jemaah juga dibenarkan menjalani kuarantin wajib di stesen kuarantin swasta dengan kos penginapan, makan minum dan rawatan ditanggung sendiri…

“Selain itu, mereka yang dipertanggungjawabkan dari ejen pelancongan perlu memantau kepatuhan jemaah umrah semasa di Tanah Suci, perjalanan balik ke Malaysia dan semasa di PMA (pintu masuk antarabangsa) Malaysia,” katanya dalam sidang media mengenai hasil Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 di sini pada Selasa (8 Feb).

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada sidang media khas sempena Mesyuarat Kuartet Menteri COVID-19 di Wisma Pertahanan semalam (Selasa)…(Sumber Foto: Bernama)

Beliau berkata jemaah umrah yang akan berangkat ke Tanah Suci hari ini sehingga 13 Feb terikat dengan SOP sedia ada namun apabila pulang semula ke tanah air, mereka diwajibkan mematuhi SOP baharu yang dikuatkuasakan.

Pada 26 Jan, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri memaklumkan kabinet membuat keputusan membenarkan umat Islam kembali mengerjakan ibadah umrah mulai 8 Feb (hari ini).

Keputusan itu dibuat berikutan kerajaan tidak berhasrat melanjutkan penangguhan sementara ibadah umrah yang berkuat kuasa 8 Jan lepas berikutan penularan jangkitan varian Omicron.