Amaran Hujan Berterusan Di Lapan Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

Amaran Hujan Berterusan Di Lapan Negeri Ditamatkan – MetMalaysia

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Amaran hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dikeluarkan semalam telah ditamatkan.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) Muhammad Helmi Abdullah berkata keadaan cuaca di negeri-negeri terlibat dijangka bertambah baik sehingga kini.

Beliau berkata orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mobil myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638.

Selain Kelantan, Terengganu, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor dan Perak, turut dilanda banjir adalah Kuala Lumpur.