Program 1 Rumah 1 Jalur Gemilang Sabtu Ini

Program 1 Rumah 1 Jalur Gemilang Sabtu Ini

0
SHARE
Jainisah
Kasim (kanan) menerima cenderamata daripada Jainisah ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Program 1 Rumah 1 Jalur Gemilang (1R1JG) bagi Kluster Keselamatan akan diadakan di Dewan Serbaguna Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu, pada Sabtu ini.

Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata penganjuran program secara kolaborasi antara warga IPD KK beserta ahli-ahli Komuniti Madani dan warga JaPen Sabah itu diadakan bertujuan untuk menyemarakkan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.

“Program ini akan diserikan dengan kehadiran Menteri Komunikasi Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun dengan beberapa pengisian.

“Selain Kluster Keselamatan, Inisiatif 1R1JG yang diketengahkan Kementerian Komunikasi melalui Jabatan Penerangan (JaPen) Malaysia ini turut meliputi Kluster Pendidikan, Pendidikan Tinggi, Komuniti dan Kesihatan,” jelasnya.

Beliau ditemui media selepas mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu (OCPD KK), Asisten Komisioner Kasim Muda di IPD KK, semalam.

Turut hadir dalam kunjungan tersebut, Timbalan Pengarah JaPen Sabah Supian Musa, Timbalan Ketua Polis Daerah Superintendent Iyda Ismail, Ketua Bahagian Pengurusan IPD KK ASP Johri Rubinsin, Ketua Penolong Pengarah Khidmat Pengurusan dan Kewangan (KPK) JaPen Sabah Nur Diyana Ujit , Penolong Pengarah Bahagian Perkhidmatan Komunikasi dan Pembangunan Masyarakat (PKPM) JaPen Sabah, Edi Rizam Kassim dan Pegawai Penerangan Daerah Kota Kinabalu, Nur Azean Makbul. — JABATAN PENERANGAN SABAH