Abang Muhyiddin Yassin Meninggal Dunia

Abang Muhyiddin Yassin Meninggal Dunia

0
SHARE

KUALA LUMPUR – Abang kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin iaitu Tan Sri Abdul Aziz Yassin, 90, meninggal dunia pada pukul 10.30 pagi tadi di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat sakit tua.

Allahyarham yang juga merupakan bekas ahli Parlimen Muar 1995 hingga 1999 pernah menjawat Timbalan Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) yang pertama pada tahun 1965.

Sementara itu, Muhyiddin dalam hantaran di Facebooknya turut memaklumkan mengenai berita sedih tersebut.

“Saya dan keluarga berasa sungguh dukacita dengan pemergian kakanda Tan Sri Abdul Aziz Yasin hari ini…

“Saya kehilangan seorang abang yang banyak membantu kehidupan di zaman muda dan sentiasa memberi sokongan kepada saya selama ini.

“Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham, diampunkan dosa-dosanya dan ditempatkan dalam kalangan orang soleh,” kata Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu hari ini.