100 Asnaf Terima Sumbangan Sanjungan Kasih Warga Penjara

100 Asnaf Terima Sumbangan Sanjungan Kasih Warga Penjara

0
SHARE
Norlidah
Toh Puan Norlidah menyampaikan sumbangan kepada penerima ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

LAHAD DATU, SABAH – Majlis Sanjungan Kasih Warga Jabatan Penjara Malaysia menyaksikan 100 orang asnaf menerima sumbangan daripada Yayasan Nur Jauhar (YNJ).

Sumbangan disampaikan oleh Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Norlidah R.M Jasni yang juga merangkap Penasihat yayasan berkenaan.

Suri rumah Sulia Uliam, 31, dari Kg yang mewakili ibunya, Salina Pingas, 59, yang masih berada di Unit Jagaan Rapi Hospital Lahad Datu akibat terlibat dengan kemalangan jalan raya.

“Syukur atas sumbangan yang diberikan kerana sedikit sebanyak dapat membantu membeli keperluan ibu saya,” ujarnya.

Rakannya, Siti Nurul Baya, 17, yang kehilangan bapanya pada tahun 2020 turut bersyukur dan sangat berterima kasih kepada YNJ atas sumbangan itu.

Pada majlis sama, YNJ juga menerima sumbangan dari Jabatan Penjara Malaysia yang disampaikan oleh Isteri Komisioner Jeneral Penjara, Datin Seri Zihana Mohd. Zin kepada Toh Puan Norlidah. — JABATAN PENERANGAN SABAH