23 PATI Warga Filipina Ditahan Dalam Operasi Imigresen di Ranau

23 PATI Warga Filipina Ditahan Dalam Operasi Imigresen di Ranau

0
SHARE

RANAU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Sabah meneruskan komitmen penguatkuasaan terhadap pendatang asing tanpa izin (PATI) apabila menahan seramai 23 individu dalam satu operasi di sekitar Ranau, baru-baru ini.

Dalam operasi berkenaan, seramai 16 pegawai JIM Sabah dari Pejabat Imigresen Daerah Ranau dengan bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Ranau menjalankan pemeriksaan ke atas 38 individu di sebuah lokasi.

Hasil pemeriksaan mendapati 23 individu disyaki PATI ditangkap dan ditahan, terdiri daripada 21 lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa, kesemuanya warganegara Filipina.

Kesemua tangkapan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 36 Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki berada di negara ini tanpa dokumen perjalanan atau pas yang sah.

JIM Sabah menegaskan tindakan tegas akan terus diambil terhadap mana-mana individu atau pihak yang melindungi atau menggaji PATI, selain menyeru orang ramai agar menyalurkan maklumat berkaitan kehadiran warga asing tanpa izin bagi membantu penguatkuasaan undang-undang.