AirAsia Kukuhkan Rangkaian Serantau Laluan Baharu Dari Kota Kinabalu Ke Bandar Ho...

AirAsia Kukuhkan Rangkaian Serantau Laluan Baharu Dari Kota Kinabalu Ke Bandar Ho Chi Minh

0
SHARE
Airasia
Poster promosi penerbangan AirAsia dari Kota Kinabalu ke Bandar Ho Chi Minh bermula 3 Disember ( Sumber Foto: Ihsan AirAsia )

SEPANG, SELANGOR – AirAsia terus memperkukuh rangkaian penerbangannya di rantau ini dengan pelancaran laluan baharu dari Kota Kinabalu ke Bandar Ho Chi Minh bermula 3 Disember ini.

Bandar Ho Chi Minh merupakan destinasi antarabangsa ke-16 yang dikendalikan oleh AirAsia Malaysia (AK) dari hab Kota Kinabalu.

Pengumuman laluan baharu ini selari dengan peningkatan jumlah penerbangan terus antara Malaysia dan Vietnam serta menyokong matlamat Tourism Malaysia untuk membawa 475,000 pelawat dari Vietnam pada tahun ini.

Pelancaran laluan ini juga dijangka akan menyumbang kepada objektif kempen “Tahun Melawat Malaysia 2026” yang menjadikan Vietnam sebagai salah satu pasaran utama.

Bagi meraikan pengumuman pelancaran laluan baharu ini, AirAsia menawarkan tambang istimewa untuk penerbangan antara Kota Kinabalu dan Bandar Ho Chi Minh bermula daripada RM199 termasuk semua sehala dan dari VND 1,399,000.00 termasuk semua sehala dari Bandar Ho Chi Minh ke Kota Kinabalu.

Tambang promosi ini tersedia mulai hari ini hingga 22 September 2024 secara eksklusif di aplikasi AirAsia MOVE (sebelum ini dikenali sebagai airasia Superapp) atau airasia.com untuk tempoh perjalanan antara 3 Disember 2024 hingga 29 Mac 2025.

Bandar Ho Chi Minh yang lebih dikenali sebagai Saigon merupakan bandar terbesar di Vietnam yang kaya dengan budaya dan sejarah serta tarikan moden.