Gagasan Rakyat Sokong Usaha, Komitmen Berterusan Tangani Masalah Dari Kerajaan Lepas

Gagasan Rakyat Sokong Usaha, Komitmen Berterusan Tangani Masalah Dari Kerajaan Lepas

0
SHARE
Nizam
Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (Sumber Foto: Ihsan Gagasan Rakyat)

KOTA KINABALU, SABAH – Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyokong segala usaha dan komitmen berterusan Kerajaan Perpaduan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Plus dalam menangani masalah yang diwarisi daripada kerajaan lepas.

Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan berkata antara masalah yang akan ditangani terbabit adalah seperti bekalan air, elektrik, jalan raya dan keperluan lain untuk rakyat Sabah.

“Gagasan Rakyat juga menyokong komitmen berterusan Kerajaan Perpaduan GRS Plus Sabah dalam menuntut hak hak rakyat dan negeri Sabah seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembagaan Negara.

“Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Gagasan Rakyat telah mengambil maklum ke atas sambutan dan respon positif daripada rakyat di seluruh pelusuk negeri Sabah untuk menyertai dan memohon menjadi ahli parti,” katanya menerusi kenyataan terbabit.

Dalam pada itu, Nizam turut berkata semua bahagian Gagasan Rakyat seluruh Sabah diminta untuk memperkemas jentera parti bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.

Mengulas lanjut, katanya mesyuarat cawangan bakal akan diadakan bermula 17 Julai sehingga 31 Ogos 2023

Disamping itu, mesyuarat bahagian diadakan pada 23 September sehingga 15 Oktober, Persidangan Agung Tahunan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Pusat diadakan pada 25 November dan Persidangan Agung Tahunan akan dilaksanakan pada 26 November ini.

“Pihak urus setia Gagasan Rakyat akan menghantar surat pekeliling berkaitan mesyuarat Tahunan ini kepada semua bahagian seluruh Sabah,” katanya.