100 Hadir JIWA Madani Peringkat Kota Kinabalu

100 Hadir JIWA Madani Peringkat Kota Kinabalu

0
SHARE
Krt
Supian (tengah) menyampaikan cenderahati kepada penceramah ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Seramai kira-kira 100 orang hadir ke Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) Madani Peringkat Daerah Kota Kinabalu.

Program anjuran Pejabat Penerangan Daerah Kota Kinabalu dengan kerjasama Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Flat Persekutuan KM 5 itu diadakan di Surau Flat Persekutuan KM5 Likas, pada Selasa.

Program yang dimulakan dengan berbuka puasa dan solat Maghrib berjemaah tersebut dihadiri oleh Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa.

Selepas solat Isyak berjemaah, program diteruskan dengan tazkirah Ramadan bertajuk “Kemuliaan Ramadan” yang disampaikan oleh penceramah jemputan, Mohammad Shafiq Iqmal Zainudin disusuli solat sunat tarawih berjemaah dan jamuan moreh di perkarangan surau.

Turut hadir, Pengerusi KRT Flat Persekutuan KM5 Likas, Abang Mohamad Taufiq Abang Ashari dan Pengerusi Surau Flat Persekutuan KM5, Juswan Djapar.

Program tersebut bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman rakyat terhadap dasar kerajaan serta memperkukuhkan aktiviti khidmat masyarakat dalam komuniti di samping mengeratkan komunikasi antara masyarakat dengan kerajaan. — JABATAN PENERANGAN SABAH