Lebih 300 PATI Dari Indonesia Dipulangkan Ke Pelabuhan Nunukan

Lebih 300 PATI Dari Indonesia Dipulangkan Ke Pelabuhan Nunukan

0
SHARE
Foto: JIM Sabah

TAWAU: Seramai lebih 300 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dari negara Indonesia telah dipulangkan ke Pelabuhan Nunukan Indonesia menerusi pelaksanaan Program Pemindahan Tahanan PATI Siri Ke-6 oleh Jabatan Imigersesn Malaysia (JIM) Negeri Sabah bagi kategori usir melalui laut.

Pengarah JIM Sabah, Datuk Sh Sitti Saleha Habib Yussof berkata, program tersebut melibatkan pemindahan tahanan warganegara Indonesia daripada empat Depot Imigresen Sabah, iaitu Kota Kinabalu, Papar, Sandakan dan Tawau. 

“Program ini turut melibatkan kerjasama dengan Konsul Jeneral Republik Indonesia (KJRI) Kota Kinabalu serta Konsul Republik Indonesia (KRI) di Tawau yang berjaya menghantar seramai 386 tahanan PATI. 

“Kesemua tahanan yang dipindahkan balik ke negara asal secara terus ke Pelabuhan Nunukan, Terminal Tunon Taka Indonesia semalam,” katanya menerusi sebuah kenyataan media di sini, semalam.

Tahanan paling ramai ialah, lelaki seramai 291 orang diikuti, perempuan, 72 orang, kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah, 22 orang dan kanak-kanak berusia 23 bulan ke bawah, 1 orang.

“Bagi purata umur tahanan adalah dari 1 tahun sehingga 82 tahun dan kanak-kanakn yang terlibat unutk penghantaran pulang kali ini adalah bersama ibu, bapa atau penjaga maisng-masing.

“Proses pemindahan tahanan dengan iringkawal masuk sehingga ke dalam Feri Purnama Express, Francis Express dan Labuan Express.

“Kesemua PATI yang ditahan di Depot Imigeresn telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigersen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Hukuman yang dikenakan adalah berdasarkan Akta Imigresen dan proses perundangan negara sehingga ke tindakan pemindahan keluar dari negara,” jelasnya.

Tambahnya, justeru itu semua warga asing diingatkan untuk memastikan mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah dan premit kerja yang dibenarkan terlebih dahulu sebelum masuk ke negara ini.

“Semua agensi penguatkuasaan di negeri ini akan mengambil tindakan tegas ke[ada mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara,” tegasnya.