Netizen Tersentuh Keprihatinan Rakyat Pelbagai Bangsa Bantu Pemuda Berkerusi Roda

Netizen Tersentuh Keprihatinan Rakyat Pelbagai Bangsa Bantu Pemuda Berkerusi Roda

0
SHARE
Tangkap layar perkongsian video di aplikasi TikTok...

KUALA LUMPUR – Sebuah perkongsian video yang sifat prihatin rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa semasa membantu seorang pemuda berkerusi roda telah menyentuh ribuan netizen di aplikasi Tiktok.

Video yang merupakan eksperimen sosial menunjukkan beberapa individu dari pelbagai bangsa dan usia berusaha membantu pemuda lelaki berkerusi roda yang mengalami kesukaran untuk memasuki laluan sebuah premis yang sedikit curam.

Video yang dikongsi oleh @racehunterzz itu meraih lebih 79,000 tanda suka dan lebih seribu komen yang rata-ratanya tersentuh dengan sifat prihatin individu tidak mengira bangsa. Ia juga telah dikongsi sebanyak 1,055 kali setakat ini.

Seorang pengguna dalam ruangan komentar berkata: “Saya tak hairan pun pasal kebanyakkan orang kita Malaysia akan tolong tanpa fikir 2 kali. Kita kan Malaysia.”

“Alhamdulillah. Terima kasih, kita bantu kita. Siapa kita? Kita rakyat Malaysia. Semoga selamat dan dipermudahkan urusan semuanya,” ciap seorang lagi pengguna.

Sementara itu, beberapa pengguna lagi tersentuh apabila melihat seorang lelaki berusia berbangsa Singh bertungkus-lumus untuk membantu pemuda itu walaupun dia bertongkat.

“Tabik kat uncle singh tu. Walaupun dia dalam keadaan yang uzur tapi masih ada jiwa prikemanusiaan,” tulis seorang pengguna…

“Terasa selamat dan dipermudahkan urusan apabila ada yang sudi menghulurkan bantuan tanpa mengira bangsa. Tersentuh hati melihat uncle singh tu,” kata seorang lagi.