Mahkamah Denda Seorang Lelaki Selepas Jadikan Gigi Palsu Jiran Sebagai Tebusan

Mahkamah Denda Seorang Lelaki Selepas Jadikan Gigi Palsu Jiran Sebagai Tebusan

0
SHARE

COLUMBIA – Seorang lelaki diarah oleh Mahkamah British Columbia di sini untuk membayar denda selepas menyimpan gigi palsu jirannya selepas ia terbang dari pagar semasa pertengkaran sengit di antara mereka.

Memetik laporan Pigeon Express, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Bob Bjerregaard diperintah untuk membayar jirannya RM7,654 (A$1,829) untuk kos penggantian dan lain-lain selepas Tribunal Resolusi Sivil mendapati dia mengambil gigi palsu Todd King yang jatuh di halamannya dan enggan memulangnya selepas pertikaian mereka pada 27 Mei 2021 lalu.

Pertengkaran antara dua jiran itu tercetus apabila Bjerregaard meleraikan pergaduhan antara King dengan jiran ketiga mereka yang dirujuk dengan huruf inisial TF dalam keputusan tribunal.

King dan Bjerregaard kemudian mula bertengkar dari pagar kongsi mereka, manakala TF pula menjadi pemerhati.

King memberitahu tribunal semasa pergaduhan itu, gigi palsu atasnya tercabut dan jatuh di halaman rumah Bjerregaard.

Menurut King lagi, TF pergi mengambilnya, tetapi dihalang oleh Bjerregaard yang menghalangnya.

Bjerregaard mengambil gigi palsunya dan enggan memulangkannya, ekoran itu King menghubungi polis untuk mendapatkan semula gigi palsu itu daripada Bjerregaard yang menafikan dia menyimpannya.

Dalam hujahnya, Bjerregaard yang masih menafikan dia mengambil gigi palsu itu, berpendapat dia tidak sepatutnya bertanggungjawab ke atas gigi palsu yang hilang dan King dikatakan mabuk semasa pergaduhan mereka.

King dilaporkan meminta pampasan RM14,564 (AS$3,480) untuk gigi palsu gantian dan RM6,361 (AS$1,520) untuk kesakitan dan penderitaan, namun mahkamah mengurangkannya kepada RM7,654 (AS$1,829) sahaja.