Maher Zain Akan ke KK dengan Konsert Jelajah Asia Tenggara Ogos Ini

Maher Zain Akan ke KK dengan Konsert Jelajah Asia Tenggara Ogos Ini

0
SHARE

PETALING JAYA: Penyanyi antarabangsa terkenal, Maher Zain, bakal kembali menghiburkan peminat Asia Tenggara termasuk di Kota Kinabalu menerusi Konsert Jelajah Asia Tenggara 2025, enam tahun selepas konsert terakhirnya di Malaysia.

Konsert ini akan berlangsung di tiga lokasi iaitu, Kuala Lumpur (16 Ogos), Singapura (21 Ogos), dan Kota Kinabalu (23 Ogos).

Dianjurkan oleh Yayasan Tengku Abdullah (YTA), jelajah ini turut menampilkan lagu-lagu popular seperti “Insha Allah”, “Baraka Allahu Lakuma” dan “Thank You Allah”, serta karya baharu seperti “Qalbi Fil Madinah” dan “Rahmatun Lil’Alameen”.

Tiket pra-daftar boleh dibeli pada 12 Jun, manakala jualan umum dibuka mulai 13 Jun 2025, dengan harga bermula RM158 (Malaysia) dan SGD78 (Singapura).

Maher menyatakan bahawa Malaysia memainkan peranan besar dalam kerjaya muziknya dan berharap konsert kali ini dapat menyatukan peminat dari pelbagai latar belakang melalui mesej kasih sayang, keimanan dan harapan.

Konsert ini dianjurkan dengan kerjasama Hitman Solutions, Happymoon, dan Awakening Music, serta disokong oleh pelbagai rakan media dan radio tempatan.